Tuesday 14 April 2015

Kisah berkawan dengan orang bunian

Assalam sahabat2 semua dari Ghostwatch Team 7.Aq rasa sahabat2 semua pasti tahu tentang Orang Bunian kan? Ni Aq nak cerita sedikit tentang pengalaman Aq yg berkawan dgn mereka.Cite ni terjadi di kampong Aq kat Kampong Berih berdekatan dgn perkuburan Pusara Aman.Cite ni berlaku ketika umur Aq sekitar 11 atau 12 thn.Setiap kali balik sekolah pasti Aq sama Nizam akan naik bukit yg tak jauh dari rumah Aq.Di atas sana ada 2 makam lama dan 2 pokok rambutan.Orang2 kampong tak berani nak pergi sana,apa lagi nak panjat pokok ambil rambutan.Tapi Aq bukan nak cite pasal buah rambutan yg Aq nak cite pasal kampong orang bunian.Hari tu air sungai pasang keling(air pasang yg luar biasa).Nizam ajak Aq mandi sungai tapi Aq tak mahu,Aq tenguk pokok2 rambutan macam memanggil2 Aq ke sana.Jadi hari tu Aq sorang aje yg panjat.Selalunya Aq dan Nizam akan sapu daun2 yg kering dan rumput2 liar untuk di bakar.Dah selesai barulah kami panjat pokok ambil rambutan.Hari tu Aq sampai saje terus campak beg sekolah kat tepi makam terus panjat pokok.Tengah leka petik rambutan Aq dengar ada orang beri salam.Aq jawab salamnya dan toleh ada seorang tua umur sekitar 60 thn datang medekat sambil berkata"Hari ni kamu sorang saje mana,kawan kamu Nizam"spontan Aq jawab"dia mandi sungai lah tok"Aq tanya padanya macam mana dia tahu nama Aq dan Nizam.Dia berkata,Aku kenal kamu berdua Badai,selalu datang sini ambil buah rambutan.Tapi ari ni kamu tak bersihkan dulu di kawasan makam ni,terus panjat pokok.Alamak.. baru Aq teringat tadi Aq tak bersihkan kawasan ni,Aq minta maaf tok Aq terlupa lah tadi.Dia kata tak apa2 lagi pun kawasan ni masih bersih kamu dan Nizam jaga.Aq pulak lah tanya"nama atok siapa?Dia kata,nama aku Anjang Aki,kau panggil aku Aki saje.Aq kira tak elok Aq berbual dgn nya di atas pokok.Aq pun turun ke bawah.Aq sambong lagi dgn dia,Aki tinggal kat mana?Aki tinggal kat bawah tuuu..sambil telunjuk jari nya di tunjukan ke arah jalan setapak.Aq kata,Aki kat situ mana ada kampong,kalau tasik@kolam adalah.Aaaah..kamu mana tahu,kat situ lah Aki tinggal di kampong Bunian.Dia tanya Aq,kamu nak ikut tengguk ampong bunian.Aq jadi was2 nak ikut atau tak.kamu takut nak pergi kampong aku.Aq angguk sambil berkata padanya,orang2 kampong kata kalau masuk kampong bunian pasti tak akan balik lagi betul ke Aki? Mana ada,orang2 kampong saje yg kata bergitu.Mbah Bosri(sudah meninggal dunia,dia bomah kampong Aq)kenal Aki,dia kawan baik Aki,katanya.Jika ada orang2 kampong yg hilang atau mati lemas kat sungai dia mesti minta tolong pada Aki.Aq jadi berani sikit bila dia kata bergitu.Ajang Aki mintak Aq 1 ikat buah rambutan,Aq kasih semua tapi dia tak mahu,katanya" bukan Aki yg nak tapi, Aki nak kasih cucu Aki,namanya Ali,dia sebaya dgn kamu.Aq letak beg sekolah Aq dan bawa 1 ikat buah rambutan yg akan di berikan pada cucunya Ali.Aq pun berjalan dgn nya sehingga sampai ke hujung jalan setapak,tiba2 kami sudah berada di kampong Orang Bunian iaitu kampong Anjang Aki.Pemandangan kampong nya tersangat lah indah macam berada di alam fantasi.Rumah2 mereka besar dan berkolong.Penduduk nya sangat ramah-tamah.Setiap kali bertemu kami,mereka akan memberi salam dan berjabat tangan dgn kami.Tak berapa jauh Aq sampai pada sebuah rumah yg lebih besar dari yg lain,ternyata itu rumah Ajang Aki.Di halaman rumah nya ada 3 buah kereta dan di bawah tangga terdapat banyak kasut2 dan selipar.Aq tanya pada nya"Aki itu kereta milik Aki ke?katanya"bukan itu milik orang2 yg datang berubat dgn nya.Ooo..baru Aq tahu yg Anjang Aki boleh mengubat orang.Tapi Aq tak tahu kereta yg ada tu kepunyaan orang biasa atau orang bunian.(orang bunian pun tahu naik kereta).Bila Aq ingat2 balik,Aq ketawa sorang2.Anjang Aki suruh Aq masuk pintu dapur di mana Ali sedang menunggu Aq.Ali sangat suka bila Aq kasi dia buah rambutan,macam orang yg telah lama kenal.Sekejap kami dah jadi kawan rapat.Dia tahu Aq ni manusia,sempat juga kami round 1 kampong.Besok Ali ajak Aq mandi di air terjun,padahal Aq tahu di kampong Aq tak ada air terjun di situ.Takpe esok tenguk macam nama.Sampai aje kat rumah Ali,minta izin pada Anjang Aki untuk mandi air terjun pada esok hari.Anjang Aki kata tak boleh,sebab dia sudah berjanji dgn Mbah Bosri untuk menghatar Aq pada shuboh esok.Di lain kali saje kata nya.Benar pada shuboh nya Anjang Aki dan Ali hantar Aq sampai ke jalan setapak,di mana Aq dan Anjang Aki jalan masuk semalam.Sampai di hujung jalan setapak,Anjang Aki memberi Aq sebuah keris yg panjang nya hanya sejengkal dan secari kertas yg telah di tulis dgn ayat.Kata nya jika Aq nak masuk ke Alam Bunian,ketika sampai di hujung jalan Aq di suruh membaca ayat yg di berikannya itu.Katanya bukan hanya di kampong nya saje,tapi di kampong2 bunian yg lain.Tapi Aq harus tahu di mana ada perkampongan bunian,baru lah Aq boleh masuk.Tapi maaf kan Aq ya sahabat2,Aq masih belum bersedia untuk share kunci ayat untuk memasuki ke Alam Bunian.Hanya sahabat2 yg benar2 minat dan yg ikhlas saje akan Aq kasi.Aq kena scan dulu sahabat2 agar Aq tak rasa bersalah di kemudian hari.Balik semula cerita tadi.Setelah kami berhenti di hujung jalan setapak, Anjang Aki menyuruh Aq jalan dan jangan menoleh ke belakang sehingga lah langkah Aq yg ke 7.Baru lah Aq menoleh dan ternyata mereka dah hilang bersama dgn kampong mereka.Aq pun mendengar orang2 kampong memanggil2 nama Aq.Orang pertama yg jumpa Aq adalah pakcik Aq,Man@tiger namanya.Baru lah orang2 kampong yg lain datang berkerumun pada Aq.Macam2 mereka bertanya pada Aq,sampai Aq tak tahu mana satu Aq nak jawab.Bapak Aq kata bawa balik rumah dulu,nanti baru boleh bercerita.Sebelum balik,Aq cakap dgn bapak Aq nanti dulu biar Aq ambil buah rambutan dan beg sekolah yg Aq tinggalkan semalam.Bapak Aq cakap tak payah,buah rambutan dah kering kecut tak boleh di makan lagi dan beg sekolah Aq bapak dah bawa balik.Aq jadi binggung,baru semalam Aq tinggalkan,tak kan hari ni dah tak boleh makan.Aq sempat juga menjeling kat pokok rambutan,memang benar rambutan yg Aq tinggal kan semalam dah kering tapi bukan itu saje,seluroh buah rambutan yg di atas pokok juga dah kering dan kecut tak boleh di makan lagi.Heran Aq jadinya.Sampai aje kat rumah mak Aq dah nangis2,tanya Aq mana Aq pergi selama 7 hari.Bapak Aq suruh mandi dulu lepas tu makan.Aq cakap Aq masih kenyang,baru sarapan pagi dgn Anjang Aki dan Ali.Lepas mandi Aq terus duduk sebelah bapak Aq.Semua mata tertumpu pada Aq,nak tahu apa yg telah terjadi pada Aq selama 7 hari Aq tak balik rumah.Bapak Aq suruh Aq cerita,Mbah Bosri pun menggangguk kepala suruh Aq cerita dari A-Z.Aq cerita lah apa yg terjadi.Aq tanya pada Mbah Bosri yg Aq tak balik hanya 1 hari bukan 7 hari.Mbah Bosri kata,(kata2 ni dari Hadis Nabi atau Ulama) aku tak pasti.Kata2 ni berbunyi"sejahat2 manusia sama seperti sebaik2 Jin" yg makhsud nya(ni kata2 Aq saje).Jika manusia beribadah selama 7 hari,tapi kaum jin hanya dapat sehari sahaje.Jadi nisbah nya 7-1.Tapi ni hanya pendapat Aq saje.Jika salah janganlah sahabat2 ambil buat peganggan.Aq hanya manusia biasa,tidak lari dari salah dan dosa.Belum habis Aq cerita long Daud menyampuk pulak,sambil bertanya pada Aq.Mereka ada kasih makan pada kamu.Aq tahu apa yg dimaksudkan.Malah Aq dan Mbah Bosri ketawa mendengar soalan yg diajukan oleh Long Daud.Mbah Bosri kata mereka(bunian)tak buat pekara macam tu,kerana mereka beragama Islam.Long Daud menganguk2 kepala tanda dia mengerti.Selapas kejadian itu Aq selalu berulang-alik ke sana.Kadang kala mereka membekalkan Aq ayam hutan yg mereka pelihara,suruh Aq membagikan sekor,dua pada Mbah Bosri.Tetapi setelah semua penduduk berpindah ke flat,Aq dah jarang ke kampong mereka.Pertama kampong Aq dah penuh dengan semak-samun dan yg ke 2,tak ada kenderaan untuk masuk ke sani.Tapi kadang2 mereka datang juga kat flat rumah Aq.Selalunya mereka datang di bulan Ramadan pada malam hari.Jika Aq tercium bau bunga cempaka atau melati,pasti sebentar lagi mereka akan sampai.Bergitu lah pengalaman Aq ketika berkawan dgn Orang Bunian.Aq harap sahabat2 semua tak rasa bosan,kerana cerita ni agak panjang.Berdo'a lah kita kepade ALLAH swt agar kita aman hidup berdampingan alam dgn mereka.Jika ada tutur bahasa dan tingah laku yg tak berkenan di hati sahabat2,Aq mohon maaf.Kekuatan yg tidak tertanding,adalah Kekuatan dari ALLAH SWT Sang Maha Pencipta....Terima Kasih..

-Juraimie Ismail-WPTStory-